Quantcast
Channel: KakaKecik aDisH sHidA
Viewing all 148 articles
Browse latest View live

Cuka Kurma

$
0
0

Assalamualaikum...

Cuka kurma...1st time kakakecik dengar pada tenghari awal Disember 2015 di ruang legar kaunter pendaftaran KK Pendang..Itu pun kes kakakecik nak tukar inhaler..bila borak2 dengan kakak seat sebelah dia syorkan kakakecik amalkan cuka kurma..Katanya dia pun athma teruk tapi bila dia amalkan cuka kurma Alhamdulillah ok...dia minum cuka kurma al narbawi..katanya beli di kuala ketil..jenama lain dia telah cuba tapi tak serasi dengan athma nya..

Tapi dia tidak lah suruh kakakecik beli jenama yang sama, dia suruh cuba yang jenama lain kalau serasi dengan kakakecik Alhamdulillah..

Kebetulan 23hb ari besday tu kakakecik ada pegi Tesco Star Gate..ternampak kiosk pak arab yang turut menjual cuka kurma tapi bukan jenama al narbawi.. tak kisah la janji cuka kurma..label pun bahasa arab.so, try la minum okey..bersin2 buang penyakit la tu...kakakecik beli yang 500ml rm10..nak cuba dulu kan..kalau ok nanti beli yang 1000ml rm18..

Hampir 2 minggu kakakecik tidak endahkan botol cuka kurma tu...bila Dik Ilah balik cuti krismas tu dia bagitau Shahir pun amalkan cuka kurma ni..emmm...tapi awal minggu aritu nekad nak cuba..mana tau serasi kan..2 malam minum tidur lena..bangun tido pagi tu batuk n muntah sampai semput.seharian jugak la,walau semput kakakecik cuba tak nak sedut inhaler..alhamdulillah semput tu lega dengan sendiri..malam2 berikutnya kakakecik amalkan dan syukur sangat tiada lagi athma yang teruk..tinggal setengah botol je lagi..

Erm, mak pun sekarang dah cuba amalkan sebab cuka kurma juga boleh membuang kolestrol,garam n lemak yang berlebihan dalam badan.. cuka kurma ini mempunyai banyak sangat khasiat yang mungkin kita tatau..eh,korang mungkin tau kakakecik je yang tatau..huhuhu bila google baru tau, antara khasiatnya dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan. 

Tak rugi kita amalkan dalam kehidupan seharian.. Untuk info lebih lanjut tentang cuka kurma :

http://impiansihat.blogspot.my/2011/10/fakta-5-khasiat-dan-kelebihan-cuka_09.html?m=1


Kek Backhoe untuk Birthday Zairul Afif

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Alhamdulillah, atas cabaran daripada besday boy yang nak kek birthdaynya bertemakan backhoe dan lori...Ateh berusaha untuk mendeco setakat mana yang mampu.. 


Taraaaaaaaaa dengan ini Ateh mempersembahkan Kek Backhoe bak permintaan si anak buahku Zairul Afif..Dapat jugak Ateh merealisasikan kek idaman anak teruna Abang On n Kak Tie..Puas mencari set backhoe..takde ini je dapat..lori tak ada...sori ye abang Afif..Khamis Ateh cari tak jupe backhoe yang sesuai untuk deco kek. Di kedai Eco RM2 besar sangat..So, jumaat Ateh kuar cari lagi,  Ateh bajet nak beli yang saiz agak sesuai boleh buat deco dan koleksi truck Afif..beli di kedai mainan Toy Master Tandop..murah je tak mahal mana pun..kalau backhoe comel ada jual Pekan Cina 2 biji RM8.00 tapi warnanya tak real sangat macam yang ni..hehe


Berdebar tu tak upaya la Ateh tak pernah buat kek 2 tingkat...dah terima cabaran kek backhoe so ateh cabarkan diri sendiri wat kek 2 tingkat.. Seronok la dia dapat kek yang diidam2kan..2 biji backhoe yang dijadikan hiasan kek terus dijadikan koleksi truck nya..bukan sahaja koleksi tapi main terus weii...bila Auni bawa keluar mai mengadu kat Ateh...abang Afif abang Afif.. apa pun Ateh suka bila Abang Afif hargainya..




Memasing tak sabar sebenarnya nak tengok hasil kek backhoe tu..Ateh Jumaat malam sabtu tu dah buat kek span untuk dijadikan tapak..Pagi sabtu baru buat kek coklat moist..Bila google dan tanyakan Ayu berkenaan cara membuat kek 2 tingkat terpaksa keluar ke bakery untuk beli papan kek yang saiz kecil untuk kek kedua..egatkan terus letak gitu je rupanya ada tekniknya. Terima kasih sahabatku jauh di selatan Ayu Citarasa Rinduan sudi bagitau teknik untuk buat kek 2 tingkat..Pukul 3 Ateh, Alang dan Achu dah mula start deco..bukan Ateh deco sensorang tau...Alang n Achu jugak bagi idea n tolong Ateh..Thanks Achu n Alang.



Untuk Kek Backhoe ni ateh just buat kek span perasa vanilla dan strawberry sebagai tapak asas..Kek petak 4segi saiz 8.5 x 8.5 dan untuk atas kek coklat moist menggunakan loyang bulat saiz 8. topping n filling Ateh just guna whipping cream rich's yang coklat...sedaaaap..kalau yang plain x makan..hehe.


Birthday boy dengan Abahnya...
ehem nampak si abah yang terlebih excited nak potong kek backhoe itu..




psst : lepas ni turn ummi buat untuk Fateh Uwais.. 





Idea Abang Ipar Ku Untuk Anak-anak

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Cuti Thaipusam baru-baru nie kami adik beradik pakat berkumpul di rumah mak ayah, Adik Ilah 3 beranak sanggup balik dari Ipoh. Abang Din  kena paksa balik jugak.. Abg On dan Kak Ja takpe dok Pendang je depa...Kakakecik dan adik jangan di tanya..kami memang dok umah mak ayah pun..


Mak-mak ayah-ayah bila berkumpul nak wat makan-makan..Anak-anak plak mesti nak main je..Sorfina sebelum balik umah wan nya dah tanya umah wan ada kolam tak..Cari punya cari masih ada lagi kolam plastik Abang Afif nya...tapi ada bocor skit... Bebudak tu bukan kisah pun semua tu janji boleh tahan air untuk depa berendam..


Tak syok la kan kalau berendam je..so kami bagi idea ke Abang Mie suruh wat air pancut guna botol yang ditebuk2..ingatkan Abang Mie just tebuk lubang bahagian bontot botol tu...rupa2nya dia tebuk di bahagian badan botol...pergh lagi bagus macam nie..dah serupa di taman tema..hehehe




Anak-anak pun apa lagi syok la ada air dok jatuh dalam kolam depa...berendam sampai ketar badan..kuar bagi kering air..masuk balik..



 Pagi petang berendam dua hari cuti tu..hari sabtu depa geng perempuan je...Hari Ahad campur dah lelaki pompuan..sekali dengan Akif anak kepada sepupu..6 orang dalam kolam tu..siap boleh menyusur menyelam lagi..akai bebudak nie jenuh jugak..kita pun tak sangka depa boleh wat gitu..



Tak kisah la anak-anak ooi janji hampa happy...tak dapat ke taman tema...berendam dalam kolam umah tok mah pun dah syok tak sangga kan..Okey jom kita pakat-pakat pujuk wan buatkan kolam renang mesti lagi best lepas ni..hehehe..

psst :bil air dan elektrik umah wan melambung la bulan ni..hahahaha..siang cucu main air. malam tido beraircond..


Setahun yang Lalu

$
0
0
28 Januari 2015

Buat pertama kali nya, terpaksa dipaksa paksa rela menggunakan inhaler kerana selalu sangat athma 



Selama ini selalu elak bila di tanya oleh doktor nak guna inhaler tak...cepat-cepat tak nak sebab klinik / hospital swasta..tapi bila di klinik / hospital kerajaan mau tak mau kena juga ambik inhaler..bukan untuk sesapa tapi untuk diri sendiri la..kalau jadi tengah malam tak perlu terkejar2 atau tunggu cerah bagi nak ke hospital..



Alhamdulillah sepanjang setahun kakakecik dibekalkan inhaler ni, baru masuk yang ke3...tak de la teruk sangat kan athma ku..kihkih...namun, wat masa sekarang kakakecik tengah amalkan minum cuka kurma(dah masuk botol kedua yang 1liter sebelum ni 500ml je) setiap pagi dan malam..semoga dengan ini athma dan kesihatan diri ini bertambah baik hendakNya...in sha Allah...





Shopping di LAZADA

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Selepas lunch.eh selepas lunch hour tapi diri sendiri tak lunch pun tadi, kakakecik jamu mata je tak jamu perut pun..hahaha..sebab pe kakakecik kata jamu mata sebab dok tengok barang2 yang dok idam2 selama ni di Lazada dan Go Shop.. 

Memang nak sesangat dah barang tu sejak tahun lepas..so tadi dah ternampak TRIO Steamer di Lazada agak murah berbanding di Go Shop, apa lagi terus la nak membeli. Time nak beli dah klik itu ini keliru plak nak pilih yang dijual dan diurus sendiri oleh Lazada atau dari Seller. Kalau dari Seller harga RM214 tak ada caj penghantaran dan barang dijangka akan dapat pada 19-22hb, yang LAZADA plak harga RM214.90 dan ada caj penghantaran, barang dijangka sampai awal sehari dari seller, dan katanya boleh COD huhuhu.


Mau tak mau terpaksa post di FB tanya rakan2 yang mana biasa beli di Lazada..Alhamdulillah dengan bantuan pendapat dan pandangan depa, kakakecik pun beli la Trio Steamer yang seller jual sebab harga lebih murah banding yang diurus jual oleh Lazada dan yang Lazada tu pun sebenarnya tak boleh COD di kawasan kakakecik..kena bayar online banking juga..Kita kena la harus bijak memilih dan pandai membeli kan..Kena jimat...takpe la memana pun janji barang tu sampai nanti untuk dijadikan koleksi Kekda Kitchen..hehehe..


So sesapa yang nak beli tu boleh la ke LAZADA sementara dok murah tu.


psst : duit BR1M cepat la masuk nak cover balik duit bayar steamer tadi

Titie

$
0
0

Pagi tadi menerima perkhabaran tentang pemergian si Titie..laju je air mata ni mengalir...terkejut rakan sekursus..kakakecik terasa pemergiannya..akui memang walaupun bukan kakakecik yang jaga dan belainya tapi hati sebak terutama melihat kesakitan nazaknya tarik ekor kaki, berak tak  sedar dah sepertimana kita manusia juga.

2 minggu lepas titie tak de selera makan minum..si ibu tak pedulikan yang masih perlukan kasih sayang..Ahad   7hb adik dah bawa ke klinik haiwan yang kerajaan di Pendang..aktif sehari dua..lepas tu tak bermaya semula

Rabu 17hb, titie cirit dan muntah...So malam ni takmau tangguh2 lagi takut menyesal kemudian hari..terus membuat carian klinik haiwan di Alor Setar kat facebook.. Alhamdulillah klinik haiwan AS Ecovet Jalan Langgar buka hingga pukul 9malam..apalagi pukul 8 pecut kereta ke Alor Setar..dengan kereta tetiba signal bermasalah tapi dek kerana titie kakakecik dan adik akan berusaha sebaik mungkin...

Kami buat keputusan untuk tinggalkan titie di klinik bagi tujuan rawatan susulan dan penjagaan yang lebih sempurna dengan harapan titie cepat sembuh..doktor bagitau titie kena virus dan memang pucat muka nya....tak pe kita ikhtiar setakat yang mampu..

Tapi pagi tadi di hari jumaat hari penuh keberkatan titie pergi buat selama2nya..damai dan tenang lah titie di sana.

Untuk rawatan haiwan di klinik AS Ecovet,perlu isi borang pendaftaran dan haiwan akan ada rekod serta kad rujukan macam bila kita sakit p klinik macam tu jugak la..rm15 sehari untuk kos penjagaan

Koleksi Tudung Online Benang Hijau

$
0
0

Berhijab menjadi tuntutan kepada kita semua yang beragama Islam dan industri fesyen tempatan boleh dikatakan telah berada dalam pencapaian amat membanggakan serta semakin pesat berkembang.  Ini dapat kita lihat daripada kemunculan pelbagai koleksi pakaian Muslimah yang terbaru dengan jenama-jenama tempatan yang semakin banyak kita temui di pasaran.  Jika dahulu, wanita berhijab mempunyai pilihan yang amat terhad, namum kini koleksi pakaian muslimah boleh dimiliki dalam rangkaian yang meluas dengan tawaran harga yang cukup menakjubkan. 


Salah satu jenama tempatan yang boleh kita banggakan adalahBenang Hijau Collection"Inspirasi Wanita Anggun" yang bermula secara kecil-kecilan secara online.  Mungkin Benang Hijau masih belum setanding dengan jenama-jenama tudung terkenal yang lain seperti Galeri Ariani mahupun Bokitta, namun jenama Benang Hijau mempunyai sejumlah penggemar yang tersendiri dan kini semakin dikenali ramai.  (Ehem ehem, kakakecik la salah seorang penggemar tudung Benang Hijau terutama tudung bawalnya )





Sama seperti jenama-jenama tudung online yang lain, Benang Hijau juga amat mementingkan kualiti setiap produk yang dihasilkan serta amat menitik beratkan soal pemilihan jenis fabrik. Oleh kerana itu, rata-rata penggemar koleksi tudung Benang Hijau sebulat suara berpendapat bahawa fabric tudung yang dipakai adalah tidak panas dan amat selesa dipakai. Bukan itu sahaja, ia juga menjadikan koleksi tudung tersebut lebih mudah dipakai dan dibentuk pada muka. Kakakecik janji anda semua akan berpuas hati dengan kualiti tudung Benang Hijau, kalau tak, tak kan setiap hari kakakecik akan memakainya untuk pergi kerja dan jejalan.




Dan tentu sahaja koleksi tudung online keluaran jenama Benang Hijau ini juga boleh anda temui dalam pilihan yang cukup trendi dan unil.  Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk tampil menawan dengan koleksi tudung terkini daripada Benang Hijau Collection hari ini juga !!! Inspirasi Wanita Anggun.






Jom Memasak : Pavlova

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Pavlova!!! erm bukan kesukaan dan kegemaran kakakecik..sebab apa semuanya berasaskan warna putih…hehe kakakecik memang tak makan benda alah berwarna putih..kalau makan pun kena tengok cara dan rasanya dulu…pavlova memang sah2 reject awal lagi..Aiman kata pavlova nie macam mashmallow…ye ke?

 

Habis tu dah tak makan awat p wat plak…ooh nie nak memenuhi hajat permintaan kakak ipar kakakecik sorang tu..dah berulang kali tanya reti buat tak pavlova..dia teringin sangat sejak tengok program masakan di TV…Kak Tie, cheq nie buat tu tak pernah tapi kalau resepi ada boleh je buat..tak salah mencuba kan..kebetulan buah strawbery dan anggur masih ada lebih..

 

Okey..nak buat tu kakakecik ON..tapi memandang whipping cream tak de stok dan kedai bakery di Pendang pun tutup ari Jumaat, so kalau Kak Tie nak makan juga..kena p beli di Alor Setar la..hahaha Kak Tie pun ON je..kakakecik ikut jugak tapi Kak Tie yang driver nya..kekonon nak beli whipping cream je..biasa la dah masuk kedai bahan bakery ada je benda lain dia nampak yang nak beli..grrrrr…abaikan kisah itu…

pavlova

Resepi pavlova nie kakakecik google je..rata2 sama je resepi nya

RESEPI : PAVLOVA

Bahan-bahan untuk membuat meringue pavlova:

  • 4 putih telur
  • 1 cawan gula halus (tapi ramai yang kata manis so kakakecik kurangkan jadi 3/4 cawan)
  • 1 camca besar tepung jagung
  • 1 camca teh cuka makan
  • 1 camca teh esen vanilla

*** BAB PUTIH TELUR jangan sampai ada sikit pun kuning telur....kalau ada kuning telur tu memang tak jadi...so kena hati-hati... pastu bekas mixer ke yang besi putar tu ke semua kena kering...takleh ada air sikit pun...lap kering-kering dulu ye...

Untuk Topping

  • 1 cawan whipping cream (kakakecik beli jenama rich’s) – pukul hingga kembang dan kental
  • Buah2an segar seperti strawbery, kiwi, peach, anggur, dan buah2 yang ada la.hehe

Cara-cara membuatnya :

  1. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung, kacau rata dengan spatula. 
  2. Masukkan esen vanilla dan cuka makan, gaul rata.
  3. Sediakan loyang yang telah dialas baking paper dan lakar bentuk bulatan.Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi. Bentukkan bulat dan tinggi sedikit, tak perlu kemas2 sangat.
  4. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius selama 15 minit..Turunkan suhu oven pada 130C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit hingga warna coklat keperangan, guna api atas bawah...kena pastikan bahagian luar dah garing dan bahagian dalam dah masak... kadang tu luar dah garing tapi dalam tak masak pulak... ada pulak tu kadang dalam dah masak tapi luar masih tak garing... kalau masih tak garing korang tambahkan lagi masa...
  5. Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang, matikan api oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
  6. Pavlova dah sejuk..alihkan atas pinggan yang sesuai dan tuang/ pipe la whipping cream yang telah diputar tadi. Hias/susun dengan potongan buah2 segar

Viewing all 148 articles
Browse latest View live