Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Batang pisang pun boleh makan la….jangan ingat gajah je makan batang pisang hehhee…dan jangan plak panggil gajah pada yang makan gulai batang pisang nie..sebenarnya bahagian dalam batang pisang (rias pun orang panggil juga rasanya) boleh dibuat gulai kawah tau…campur lak dengan daging..perggggh memang meletopz habaq mai..
Khamis lepas, ada lawatan daripada Orang Asli Gua Musang ke kampung atau lebih tepat ke rumah kakakecik. So, perlu la ada makan-makan. Salah satu menu untuk tengahari tu adalah gulai kawah daging campur batang pisang. Kakakecik kalau dapat gulai batang pisang nie suka meratah makan saja..tak makan dengan nasi…lebih sedap tekak nie kalau meratah je…
Jom kita tengok cara nak membuatnya..Sukatan bahan tak de sebab buat 1 kawah kan…so pandai2 la korang agak.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Daging lembu
- Bahagian dalam batang pisang
- Santan
- Serbuk Kari Daging (bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes)
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan Tumis
- Bawang Putih ** mayang halus
- Bawang Merah **mayang halus
- Halia **mayang halus
- Kulit Kayu Manis
- Bunga Lawang
- Daun Kari
Cara-cara membuatnya:
1. Ambil bahagian dalam batang pisang yang lembut. Potong serong batang pisang dan membersihkan tali-tali getah yang ada.
2. Lumur batang pisang yang telah dibersihkan dengan kunyit.
3. Sediakan bahan-bahan tumis. Bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang halus. Panaskan kawah/periuk. Tumis bahan-bahan tumis (bawang, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang) sehingga keperangan.
4. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan ia masak/mendidih sehingga pecah minyak. Masuk kan garam secukup rasa.
5. Seterusnya masuk kan daging yang dipotong mengikut saiz standard. Kalau ada tulang dan perut masuk kan tulang serta perut terlebih dahulu. Masak sehingga daging empuk / lembut.
6. Apabila daging empuk, baru masuk kan batang pisang.
7. Akhir sekali baru la masuk kan santan setelah daging dan batang pisang dah sekata bahan nya. Biarkan ia mendidih dan masak…
Sudah pun…sebelum tu jangan lupa rasa dulu cukup tak rasa masin nya….
Okey okey jangan kata kakakecik pandai buat ye gulai kawah nie..kakakecik just tolong je…tolong tengok dan ambik gambar…Yang buat nya adalah jiran kami..Kak Ma…dah la masak dalam umah hebat tak…mau tak hebat kalau masak di luar kuah yang banyak sebab ujan hehhe…
Selamat Mencuba….
p/s : boleh ke entry ORGA untuk tau camne nak proses penyediaan dan penebangan batang pisang untuk buat gulai kawah nie
pssst : bos RISDA Pendang mintak buat lagi ari selasa nie untuk jamuan di pejabat mereka..katanya tak puas makan pada hari khamis aritu..hehhee