Quantcast
Channel: KakaKecik aDisH sHidA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 148

Koleksi Tudung Online Benang Hijau

$
0
0

Berhijab menjadi tuntutan kepada kita semua yang beragama Islam dan industri fesyen tempatan boleh dikatakan telah berada dalam pencapaian amat membanggakan serta semakin pesat berkembang.  Ini dapat kita lihat daripada kemunculan pelbagai koleksi pakaian Muslimah yang terbaru dengan jenama-jenama tempatan yang semakin banyak kita temui di pasaran.  Jika dahulu, wanita berhijab mempunyai pilihan yang amat terhad, namum kini koleksi pakaian muslimah boleh dimiliki dalam rangkaian yang meluas dengan tawaran harga yang cukup menakjubkan. 


Salah satu jenama tempatan yang boleh kita banggakan adalahBenang Hijau Collection"Inspirasi Wanita Anggun" yang bermula secara kecil-kecilan secara online.  Mungkin Benang Hijau masih belum setanding dengan jenama-jenama tudung terkenal yang lain seperti Galeri Ariani mahupun Bokitta, namun jenama Benang Hijau mempunyai sejumlah penggemar yang tersendiri dan kini semakin dikenali ramai.  (Ehem ehem, kakakecik la salah seorang penggemar tudung Benang Hijau terutama tudung bawalnya )





Sama seperti jenama-jenama tudung online yang lain, Benang Hijau juga amat mementingkan kualiti setiap produk yang dihasilkan serta amat menitik beratkan soal pemilihan jenis fabrik. Oleh kerana itu, rata-rata penggemar koleksi tudung Benang Hijau sebulat suara berpendapat bahawa fabric tudung yang dipakai adalah tidak panas dan amat selesa dipakai. Bukan itu sahaja, ia juga menjadikan koleksi tudung tersebut lebih mudah dipakai dan dibentuk pada muka. Kakakecik janji anda semua akan berpuas hati dengan kualiti tudung Benang Hijau, kalau tak, tak kan setiap hari kakakecik akan memakainya untuk pergi kerja dan jejalan.




Dan tentu sahaja koleksi tudung online keluaran jenama Benang Hijau ini juga boleh anda temui dalam pilihan yang cukup trendi dan unil.  Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk tampil menawan dengan koleksi tudung terkini daripada Benang Hijau Collection hari ini juga !!! Inspirasi Wanita Anggun.







Viewing all articles
Browse latest Browse all 148